Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini mendedahkan para pelatih kepada teknik kimpalan arka kepingan logam secara teori dan praktikal. Tujuan kursus ini direka untuk memberi pendidikan dan latihan kepada pelbagai lapisan komuniti tempatan dan organisasi dalam memperkukuhkan kemahiran dan keperluan industri. Kursus ini dijalankan berpandukan NOSS yang telah dikemaskini bagi menyediakan individu kompeten untuk memenuhi keperluan pekerjaan hari ini.

Kimpalan arka ialah sejenis teknik kimpalan yang menggunakan bekalan kuasa kimpalan untuk menghasilkan arka elektrik antara elektrod dan bahan asas untuk meleburkan logam ke atas titik lokasi kimpalan.

Kursus ini direka untuk melatih individu pengendalian proses Kimpalan Arka Kepingan Logam (SMAW). Pelatih yang selesai mengikuti kursus ini dijangka mempunyai kelayakan dan Latihan mencukupi berpandukan kod, etika, piawaian dan keperluan semasa.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik kimpalan, Jurukimpal Arka Kepingan Logam Berperisai (SMAW), Jurukimpal Oil & Gas, Jurukimpal automotif, Jurukimpal industri pembinaan, tenaga pengajar (selepas memiliki VTO)

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ ANTARABANGSA MIGHTY SKILLS
Alamat
NO. 577-584 & 598, JALAN HARUAN 4/8, OAKLAND COMMERCIAL CENTRE,
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
DR HELMINIRY HAD BIN SABTU
Telefon
0123019952
Emel
kolejmightyskills@gmail.com
Laman Web
www.mightyskills.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pinjaman pengajian disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi yang layak.
PTPK menyediakan pinjaman yuran pengajian dan elaun tambahan seperti kos sara hidup RM600 atau RM400, elaun komputer riba dan elaun pengangkutan.
Hostel disediakan oleh pihak kolej untuk penginapan pelatih dengan yuran penginapan bulanan bagi yang layak
;