Kursus TVET

SETIAUSAHA KORPORAT EKSEKUTIF

FB-025-3:2012;-

INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA , SABAH

Pengenalan Kursus

Setiausaha Korporat Eksekutif memfokuskan kepada perkhidmatan kesetiausahaan dan penggunaan IT di pejabat. Kursus ini melatih pelatih mengenai dengan tugas-tugas sokongan dalam bidang Penolong Setiausaha / Setiausaha Pejabat bagi pengurusan pejabat majikan dan pentadbiran dalam persekitaran pekerjaan dalam sesebuah organisasi. Kompetensi teras bagi program seperti Pentadbiran Hospitaliti, Dokumen Pejabat, Pentadbiran Pemfailan, Pentadbiran Petty Cash, Mesyuarat dan Penyelarasan Acara, Pengaturan Perjalanan dan Pentadbiran Kerja Undang-Undang. Penguasaan dalam kompetensi teras membolehkan seseorang setiausaha itu berkeupayaan untuk mengurus kerja-kerja pengurusan pentadbiran seperti yang diarahkan oleh majikan. Pelatih Program Setiausaha Korporat Eksekutif didedahkan kepada tanggungjawab penting bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kesetiausahaan yang kompleks, sensitif, dan sulit dalam setiap tugas yang diamanahkan, serta sering dalam berada persekitaran yang pesat berubah. Dengan kompetensi yang mereka perolehi, mereka boleh mengetuai sebilangan kecil kakitangan dalam melaksanakan tugas teknikal bagi menyokong operasi yang ditugaskan kepada mereka kelak.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Bidang pengajian dan pembelajaran, undang-undang, kesihatan serta perkhidmatan perniagaan, bahagian pembinaan, bahagian pemborong dan perdagangan runcit, bahagian pengangkutan, bahagian komunikasi, bahagian pengurusan perkhidmatan bank, bahagian perkhidmatan insuran, firma pelaburan dan hartanah, bahagian Kerajaan Persekutuan, bahagian Kerajaan Negeri serta Agensi Kerajaan Tempatan.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Akademik
Syarat Pilihan 1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 2
Lulus Subjek SPM berikut:

1. Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
ATAU
Syarat Pilihan 3
Lulus Subjek SPM berikut:
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E
ATAU
Syarat Pilihan 4
Lulus Subjek SVM berikut:
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 0.00
PNG Vokasional : 0.00
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib E

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Alamat
BEG BERKUNCI NO. 5, JALAN PANTAI MANIS, PAPAR, 89609 KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
BETTCCY JEFFERY
Telefon
088-913 461
Emel
Bettccy.Jeffery@sabah.gov.my
Laman Web
www.jpsmsabah.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun Bulanan sebanyak RM250/sebulan diberikan kepada pelatih

Kemudahan asrama disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan makan/minum disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan pakaian seragam disediakan secara percuma kepada pelatih

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;