Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Pengurusan Sistem Maklumat Tahap 5 (FB-081-5:2012) adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).
Kursus ini memberi latihan kepada pelatih secara teori dan amali. Pelatih akan dilatih dan didedahkan dalam mengurus dengan mengkaji kesesuaian penggunaan teknologi sistem maklumat dalam organisasi, menyemak dan mengemaskini polisi serta prosedur kerja organisasi, merancang dan melaksanakan program ADU@IT sistem maklumat, mengurus staf dengan mengadakan penilaian prestasi serta latihan yang sesuai kepada keperluan staf.
Pelatih juga dilatih dan didedahkan dengan mengatur serta mengurus hal ehwal korporat dan pengurusan komunikasi organisasi, mengkaji dan menganalisa risiko agar tindakan pembetulan dapat dilakukan dan projek sistem maklumat yang dijalankan dalam organisasi dapat diurus serta diselaras mengikut polisi, prosedur dan keperluan projek.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Kemudahan asrama disediakan secara percuma kepada pelatih
Kemudahan makan/minum disediakan secara percuma kepada pelatih
Kemudahan pakaian seragam disediakan secara percuma kepada pelatih