Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Operasi Sistem Komputer Tahap 3 (IT-020-3:2013) adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

Program ini dahulunya dikenali sebagai Pembantu dan Juruteknik Sistem Komputer (D-041-2&3) Tahap 2 dan Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Tahun 2011 program ini telah bertukar kod kemahiran kepada IT-020-2&3. Bermula pada kemasukan Julai 2016 program ini telah menggunakan NOSS baru yang lebih dikenali dengan Competency of Curriculum Unit (CoCU), nama program juga bertukar kepada Operasi Sistem Komputer (Computer System Operation) dengan menggunakan kod program yang baru, iaitu IT-020-3:2013.

Melalui kursus ini, pelatih akan diberi pendedahan serta kemahiran asas dalam bidang berkaitan komputer dan dilatih sehinga mahir dalam pengenalan kepada pekakasan komputer, peranan, masalah, teknik memasang, menyelenggara dan baik pulih sistem komputer dan rangkaian komputer.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik Sistem Komputer Juruteknik Khidmat Sokongan Usahawan Kafe Siber Usahawan Kedai Komputer Pembantu Tadbir Pegawai Pemasaran ICT Tenaga Pengajar di institusi kemahiran & vokasional sekiranya melanjutkan pengajian.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Alamat
BEG BERKUNCI NO. 5, JALAN PANTAI MANIS, PAPAR, 89609 KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
BETTCCY JEFFERY
Telefon
088-913 461
Emel
Bettccy.Jeffery@sabah.gov.my
Laman Web
www.jpsmsabah.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun Bulanan sebanyak RM200/sebulan diberikan kepada pelatih

Kemudahan asrama disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan makan/minum disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan pakaian seragam disediakan secara percuma kepada pelatih
;