Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Proses Kimpalan Arka Kepingan Logam Tahap 3 (MC-024-3:2012) adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).

Kursus yang ditawarkan ini melengkapkan pelatih dengan kemahiran dan pengetahuan secara teori dan amali dalam proses kimpalan yang mana antaranya digunakan ialah Kimpalan Arc Metal Shielded, Kimpalan Arc Gas Metal, Gas Tungsten Arc Welding dan sebagainya.

Pelatih juga akan didedahkan dengan perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan ujian, penyeliaan, keselamatan diri serta bengkel. Pelatih juga akan dilengkapkan dengan kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, aplikasi perisian komputer, memeriksa dan menguji kerja-kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan kualiti dan peraturan keselamatan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Jurukimpal arka dan gas di industri minyak dan gas, perkapalan, pembinaan dan infrastruktur, automotif, kuasa, aeroangkasa dan sebagai Usahawan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Alamat
BEG BERKUNCI NO. 5, JALAN PANTAI MANIS, PAPAR, 89609 KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
BETTCCY JEFFERY
Telefon
088-913 461
Emel
Bettccy.Jeffery@sabah.gov.my
Laman Web
www.jpsmsabah.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Elaun Bulanan sebanyak RM200/sebulan diberikan kepada pelatih

Kemudahan asrama disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan makan/minum disediakan secara percuma kepada pelatih

Kemudahan pakaian seragam disediakan secara percuma kepada pelatih
;