Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kuasai asas dalam lukisan pelan dan susun atur ruang dalaman menggunakan perisian moden seperti AutoCAD dan SketchUp. Peluang kerjaya dalam bidang reka bentuk dalaman, seni bina dan hiasan ruang. Sesuai untuk anda yang kreatif dan berminat dalam dunia rekaan

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 1 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Pra-syarat Kursus Pelukis Rekaan Dalaman Rendah ( Tahap 1) Syarat-syarat berikut: Warganegara Malaysia Umur minimum: 16 tahun ke atas Pendidikan minimum: Tamat Tingkatan 3 atau setaraf, Boleh membaca, menulis dan mengira (kemahiran 3M), Mempunyai minat dalam bidang lukisan teknikal, senibina dan pembinaan Mampu menggunakan komputer asas (digalakkan) Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugasan teori dan amali
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Atau

1.3 Umur Minimum : 16 Umur Maksimum : 35

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Atau

1.4
Warganegara Malaysia Sahaja
Tempoh Pengajian
6 Bulan
Prospek Kerjaya
Lepasan kursus Pelukis Rekaan Dalaman (Rendah) berpeluang untuk menceburi pelbagai bidang berkaitan seperti:
1. Pembantu Pereka Dalaman – Membantu menghasilkan pelan dan konsep susun atur ruang.
2. Pelukis Pelan (Drafter) – Menyediakan lukisan teknikal untuk projek reka bentuk dalaman.
3. Pereka Hiasan Dalaman Asas – Menyediakan konsep hiasan untuk rumah, pejabat dan premis komersial.
4. Pembantu Arkitek – Terlibat dalam pembangunan pelan lantai dan pelan bangunan.
5. Juruteknik CAD – Menggunakan perisian CAD untuk melukis dan mengedit pelan rekaan.

Dengan pengalaman dan latihan lanjutan, pelajar juga boleh berkembang sebagai Pereka Dalaman Profesional, membuka firma rekaan sendiri atau bekerja di syarikat arkitek, syarikat hiasan dalaman, pemaju hartanah dan kontraktor pembinaan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN INDUSTRI PERKAYUAN TERENGGANU
Alamat
LOT 3400, KAMPUS TTITC TERIS
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
FAIZ BIN OSMAN
Telefon
0184604799
Emel
enquiry@ttitc.edu.my
Laman Web
https://ttitc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Pembelajaran Berasaskan Projek (Project-Based Learning)
Pelajar akan menghasilkan lukisan rekaan berdasarkan situasi sebenar bagi meningkatkan kemahiran praktikal.

2. Latihan Amali di Bengkel Komputer & Studio Reka Bentuk
Pelajar diberi pendedahan kepada perisian seperti AutoCAD, SketchUp dan lain-lain dalam persekitaran yang sebenar.

3. Sesi Pembelajaran Interaktif & Perbincangan Kumpulan
Menggalakkan kreativiti dan kerjasama antara pelajar dalam menghasilkan konsep rekaan dalaman.

4. Lawatan Industri dan Ceramah Profesional
Memberi pendedahan dunia sebenar dalam industri reka bentuk dalaman dan pembinaan.

5. Penilaian Berterusan
Melalui tugasan, pembentangan, ujian teori dan hasil kerja amali sepanjang kursus.
;