PELUKIS KANAN REKAAN DALAMAN
Pengenalan Kursus
Kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman Tahap 3 direka khusus untuk melahirkan tenaga kerja mahir yang berkeupayaan menghasilkan rekaan dalaman yang kreatif, berfungsi dan profesional. Peserta akan dilatih dalam penyediaan pelan rekaan lengkap, pemilihan bahan, pemahaman konsep ergonomik, serta penyediaan pembentangan rekaan menggunakan perisian grafik dan visualisasi 3D.
Kursus ini membina kemahiran lanjutan dalam bidang reka bentuk dalaman, termasuk pengurusan projek, penyeliaan kerja tapak dan komunikasi bersama klien. Pelatih akan menjalani latihan teori dan praktikal secara intensif, serta didedahkan kepada keperluan industri sebenar bagi memenuhi permintaan pasaran kerja.
Maklumat Latihan TVET
1.Pereka Dalaman (Interior Designer)
2.Menyediakan konsep dan pelan rekaan dalaman untuk kediaman, pejabat dan bangunan komersial.
3.Pelukis Kanan / Drafter Profesional
4.Menyediakan lukisan teknikal, pelan lantai dan lukisan 3D untuk projek reka bentuk.
5.Penyelia Projek Reka Bentuk Dalaman
6.Menyelia pelaksanaan projek hiasan dalaman di tapak pembinaan.
7.Juruteknik CAD / 3D Visualiser
8.Menyediakan lukisan dan animasi rekaan menggunakan perisian seperti AutoCAD, SketchUp, 3Ds Max dan Lumion.
9.Perunding Reka Bentuk Dalaman
10.Memberi khidmat nasihat profesional kepada klien dari segi reka bentuk, pemilihan bahan dan susun atur ruang.
11.Usahawan Reka Bentuk Dalaman
12.Menubuhkan syarikat sendiri dalam bidang hiasan dalaman dan perundingan rekaan.
Graduan juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah dalam bidang seni bina dalaman, seni bina, teknologi bangunan dan reka bentuk
Syarat Kelayakan
Pra-syarat Kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman (Tahap 3). Syarat-syarat berikut: Warganegara Malaysia, Umur minimum: 16 tahun ke atas, Pendidikan minimum: Tamat Tingkatan 3 atau setaraf Boleh membaca, menulis dan mengira (kemahiran 3M), Mempunyai minat dalam bidang lukisan teknikal, senibina dan pembinaan, Mampu menggunakan komputer asas (digalakkan), Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugasan teori dan amali, Memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkenaan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60
Butiran Penyedia Latihan TVET
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
Lain-lain Maklumat
Projek individu & berkumpulan
Perisian CAD & 3D (AutoCAD, SketchUp, Lumion, 3Ds Max)
Pembentangan konsep rekaan
Lawatan industri & latihan di tempat kerja
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.