
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Membuat Meja Kayu merupakan program latihan kemahiran asas dalam bidang pertukangan kayu yang memberi tumpuan khusus kepada pembuatan pelbagai jenis meja kayu, termasuk meja makan, meja tulis, dan meja kopi. Kursus ini dirangka bagi melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu menghasilkan perabot kayu yang kukuh, kemas, dan berkualiti tinggi.
Peserta akan didedahkan kepada teknik asas pemilihan dan penyediaan bahan, penggunaan peralatan tangan dan mesin, pemotongan dan penyambungan kayu, serta teknik kemasan akhir seperti pengamplasan, varnis, dan pemasangan aksesori. Penekanan turut diberikan kepada aspek keselamatan bengkel, ukuran yang tepat, dan penyelesaian masalah dalam proses pembuatan.
Kursus ini amat sesuai bagi individu yang berminat menceburi bidang pertukangan, pembuatan perabot, atau ingin menjana pendapatan melalui perniagaan kecil dalam pembuatan perabot kayu.
Maklumat Latihan TVET
Pembuat perabot kayu tempahan khas
Pekerja kilang perabot
Usahawan kecil dalam bidang pembuatan dan jualan perabot
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Sihat tubuh badan.
Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
Berumur 13 - 70 tahun
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pelajar Tahfiz
Masa: 40 jam
Umur: 13 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar di Tahfiz / Madrasah / pondok yang berdaftar dengan JAKIM / Majlis Agama Negeri