Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Membuat Baju Kurung Tradisional ini direka khas untuk memberi kemahiran asas hingga pertengahan dalam bidang jahitan pakaian wanita, khususnya Baju Kurung – pakaian tradisional yang kekal relevan sepanjang zaman. Kursus ini memberi tumpuan kepada teknik menjahit Baju Kurung pesak dan kekek yang menjadi simbol warisan budaya Melayu.

Peserta akan mempelajari:

Pemilihan kain dan penyediaan peralatan jahitan
Teknik mengambil ukuran badan dengan betul
Proses memotong kain mengikut pola Baju Kurung tradisional
Kaedah menjahit bahagian pesak, kekek, lengan dan leher
Kemasan akhir agar hasil jahitan kemas dan selesa dipakai

Kursus ini sesuai untuk:

Individu yang baru berjinak-jinak dalam dunia jahitan
Suri rumah, belia dan mereka yang ingin menjana pendapatan dari rumah
Usahawan kecil yang ingin menawarkan perkhidmatan jahitan tradisional

Baju Kurung sentiasa mendapat permintaan tinggi, terutamanya sempena musim perayaan, majlis rasmi dan persekolahan. Penguasaan kemahiran ini membuka peluang ke arah keusahawanan jahitan yang stabil dan menguntungkan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Tempoh Pengajian
40 Jam
Prospek Kerjaya
Tukang jahit bebas atau sambilan
Usahawan jahitan pakaian tradisional wanita
Pengusaha butik kecil atau dalam talian
Pereka pakaian tradisional dan moden
Penyedia perkhidmatan jahitan tempahan khas untuk majlis dan perayaan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
GIATMARA Tenggara
Alamat
LOT 5024, JALAN DATO' SRI AMAR, 81440 BANDAR TENGGARA JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NUR HAIDA BINTI MOHD SAFA
Telefon
07-8963121
Emel
gmtenggara@giatmara.edu.my
Laman Web
www.giatmara.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
TVET TAHFIZ
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pelajar Tahfiz
Masa: 40 jam
Umur: 13 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar di Tahfiz / Madrasah / pondok yang berdaftar dengan JAKIM / Majlis Agama Negeri
;