
Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Jubah Wanita dan Abaya merupakan program latihan kemahiran yang direka khusus bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pembuatan pakaian Muslimah, dengan penekanan kepada rekaan dan penghasilan jubah serta abaya yang berkualiti dan mengikut cita rasa pasaran semasa.
Kursus ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta dalam aspek asas dan lanjutan pembuatan pakaian, termasuk lukisan fesyen, pemilihan fabrik, teknik pemotongan, jahitan industri, serta penyelesaian akhir produk. Penekanan turut diberikan kepada elemen kreativiti dan inovasi dalam rekaan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang pelbagai.
Peserta juga akan didedahkan kepada asas keusahawanan dan pengurusan perniagaan kecil bagi membolehkan mereka memanfaatkan kemahiran yang diperoleh untuk menjana pendapatan secara berdikari atau menyertai industri tekstil dan fesyen secara profesional.
Kursus ini amat sesuai bagi individu yang berminat menceburi bidang fesyen Muslimah, sama ada sebagai pereka pakaian, usahawan, atau tenaga kerja dalam industri pembuatan pakaian tempatan dan antarabangsa. Penyertaan dalam kursus ini juga memberi peluang kepada peserta untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi melalui produk beridentiti budaya dan nilai-nilai Islamik.
Maklumat Latihan TVET
Pereka fesyen Muslimah
Usahawan butik pakaian Muslimah
Pembantu penyelia dalam industri tekstil dan pakaian
Pekerja mahir di kilang jahitan atau bengkel pakaian
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Sihat tubuh badan.
Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
Berumur 13 - 70 tahun
Nama Program: Latihan Jangka Pendek (SCT)
Sasaran : Pelajar Tahfiz
Masa: 40 jam
Umur: 13 - 70 tahun
Syarat: Berdaftar di Tahfiz / Madrasah / pondok yang berdaftar dengan JAKIM / Majlis Agama Negeri