Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Jahitan Lelaki ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam bidang jahitan pakaian lelaki seperti baju melayu, kemeja dan seluar. Melalui latihan praktikal, peserta akan mempelajari teknik menjahit, memotong pola, mengukur saiz serta menggunakan mesin jahit dengan betul. Kursus ini sesuai untuk pemula yang berminat menjadikan jahitan sebagai hobi atau kerjaya.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Tukang Jahit Profesional

Menawarkan perkhidmatan jahitan pakaian lelaki seperti baju melayu, kemeja, seluar dan blazer secara individu atau dalam butik jahit.

Usahawan Fesyen Lelaki

Menubuhkan perniagaan sendiri seperti butik pakaian lelaki, jenama pakaian tempatan, atau perniagaan jahitan dari rumah.

Pereka Fesyen Lelaki (Fashion Designer)

Merekabentuk pakaian lelaki mengikut trend terkini dan menghasilkan koleksi untuk pasaran tempatan atau antarabangsa.

Pembantu atau Penyelia di Kilang Pakaian

Bekerja dalam pengeluaran pakaian secara besar-besaran, termasuk bahagian penyeliaan kualiti dan pemotongan fabrik.

Tenaga Pengajar atau Jurulatih Jahitan

Mengajar kemahiran menjahit di institusi latihan, pusat komuniti atau secara persendirian.

Pekerjaan Sambilan atau Pendapatan Sampingan

Menjalankan perkhidmatan jahitan secara kecil-kecilan di rumah untuk menambah pendapatan.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN) VOKASIONAL BUKIT CHABANG
Alamat
PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK BUKIT CHABANG, KM 22, JALAN PADANG BESAR (U), 02100 PADANG BESAR (U), PERLIS
Negeri
PERLIS
Penyelaras
Telefon
04-938 2605 / 1351
Emel
pengarah_bchabang@aadk.gov.my
Laman Web
adk.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
dijalankan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik SEPANG
;