Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas dan kemahiran teknikal dalam pemasangan, operasi, serta penyelenggaraan sistem penghawa dingin dan pengudaraan mekanikal. Peserta akan didedahkan kepada komponen utama sistem HVAC (Heating, Ventilation, and Air Conditioning), teknik pemasangan, pemeriksaan kebocoran, pengisian gas penyejuk, serta langkah keselamatan kerja.

Kursus ini sesuai untuk mereka yang ingin menceburi bidang teknikal dan penyelenggaraan bangunan, atau merancang untuk membina kerjaya sebagai juruteknik penghawa dingin yang bertauliah.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil
Tempoh Pengajian
2 Bulan
Prospek Kerjaya
Juruteknik Penghawa Dingin (Air Conditioning Technician)

Melakukan pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan sistem penghawa dingin di bangunan kediaman, komersial dan industri.

Pembantu Jurutera HVAC (Heating, Ventilation & Air Conditioning)

Membantu dalam reka bentuk, pemasangan dan pemeriksaan sistem HVAC di bangunan besar seperti hotel, hospital dan pusat beli-belah.

Kontraktor atau Usahawan HVAC

Menjalankan perniagaan sendiri dalam perkhidmatan pemasangan dan penyelenggaraan penghawa dingin dan sistem pengudaraan.

Pekerja Penyelenggaraan Bangunan

Bekerja di syarikat pengurusan fasiliti atau jabatan teknikal untuk memastikan sistem penghawa dingin berfungsi dengan baik.

Pekerja di Kilang atau Industri Pembuatan

Terlibat dalam operasi dan penjagaan sistem penyejukan dan ventilasi untuk keperluan industri.

Peluang Sambung Belajar

Melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal HVAC, pensijilan profesional, atau kursus lanjutan berkaitan sistem penyejukan dan pengudaraan.

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK (PUSPEN) VOKASIONAL KARANGAN
Alamat
PUSAT PEMULIHAN PENAGIHAN NARKOTIK KARANGAN, SIMPANG TIGA KEM, 09700 KARANGAN, KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
Telefon
04-405 6014 / 8219
Emel
pengarah_karangan@aadk.gov.my
Laman Web
adk.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
KURSUS DI JALANKAN DI PUSPEN KARANGAN
;