Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini dijalankan dengan kolaborasi bersama Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka.
Lokasi kursus : Puspen Tampin Melaka
Peserta kursus ini akan didedahkan kepada:
Asas Jahitan: Penggunaan alat jahitan dan mesin jahit, serta kemahiran jahitan tangan.
Reka Bentuk Pakaian: Teknik dalam membuat pelbagai jenis pakaian seperti pakaian harian, pakaian formal, gaun, baju kurung, dan pakaian khas.
Pengukuran dan Potongan: Cara mengambil ukuran badan pelanggan dengan tepat, serta teknik memotong kain mengikut pola.
Penyelesaian Pakaian: Pembelajaran mengenai cara membuat jahitan halus, penutupan jahitan, dan cara mengubah suai pakaian.
Teknik Hiasan Pakaian: Menambah elemen hiasan seperti sulaman, jahitan dekoratif, dan aplikasi kain.
Maklumat Latihan TVET
Menyediakan reka bentuk pakaian dan aksesori untuk dipasarkan. Pereka fesyen bekerja dengan bahan, warna, dan reka bentuk untuk mencipta pakaian yang memenuhi citarasa pasaran.
Juruteknik Jahitan
Bekerja sebagai juruteknik jahitan di kilang pakaian, butik atau di bengkel fesyen. Mereka memastikan bahawa pakaian dihasilkan dengan kualiti dan kemasan yang tepat.
Penjahit Pakaian
Menyediakan perkhidmatan jahitan pakaian untuk pelanggan persendirian atau kedai pakaian. Ini boleh melibatkan membuat pakaian siap atau mengubah suai pakaian mengikut keperluan pelanggan.
Usahawan Jahitan
Menjalankan perniagaan sendiri dalam bidang jahitan, sama ada membuka butik jahitan, menawarkan perkhidmatan mengubah suai pakaian atau menjual pakaian siap.
Pembekal & Pembuat Aksesori Pakaian
Terlibat dalam penghasilan aksesori seperti butang, reben, sulaman, dan pelbagai hiasan pakaian untuk pasaran fesyen.
Pengurus Produksi Fesyen
Bertanggungjawab dalam menguruskan keseluruhan proses pembuatan pakaian, dari perancangan hingga pengeluaran massal di kilang atau pusat fesyen.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
Mac 2025 ( 6 Hari )
- 19hb Mac 2025 : Pengenalan Alatan dan Bahan Jahitan
- 20hb mac 2025 : Pengenalan Mesin Jahit Lurus Industri dan Mudah Alih
- 24hb Mac 2025 : Pengenalan Asas Jahitan
- 25hb Mac 2025 : Jahitan Asas dan Pengenalan Mesin Jahit Tepi
- 26hb Mac 2025 : Jahitan Kelim Belah Kangkung
- 27hb Mac 2025 : Jahitan Kelim Betawi
April 2025 ( 8 Hari )
- 14hb April 2025 : Jahitan Kelim Papan Mesin
- 15hb April 2025 : Sambungan Kelim Papan Mesin
- 16hb April 2025 : Jahitan Kelim Lipat Tindih
- 17hb April 2025 : Sambungan Kelim Lipat Tindih
- 22 April 2025 : Jahitan Kelepet Sama Lebar
- 23hb April 2025 : Sambungan Jahitan Kelepet Sama Lebar
- 29hb April 2025 : Jahitan Belah Berkun
- 30 hb April 2025 : Jahitan Belah Berslit
Mei 2025 ( 4 Hari )
- 05 Mei 2025 - Pengenalan Jahitan Sarung Bantal
- 06 Mei 2025 - jahitan Sarung Bantal
- 07 Mei 2025 : Pengenalan dan Jahitan Apron Penuh
- 08hb Mei 2025 - Jahitan Apron Separuh
Kursus Modular Jahitan ( Fasa Kedua) 12 Orang
Julai 2025 ( 6 Hari)
- 21hb Julai 2025 : Pengenalan Alatan dan Bahan Jahitan Tote Beg
- 22hb Julai 2025 : Sambungan Jahitan Tote Bag (Melukis corak di Atas Kain)
- 23hb Julai 2025 : Sambungan Jahitan Tote Beg (Menjahit Quilting)
- 28hb JUlai 2025 : Sambunagn Jahitan Tote Bag ( Menggunting dan mencantum tapak beg )
- 29hb JUlai 2025 : Sambunagn Jahitan Tote Bag ( Menjahit lining dan tali beg)
- 30hb Julai 2025 : Sambungan Jahitan dan Kekemasan Tote Beg
Ogos 2025 ( 6 Hari)
- 05hb Julai 2025 : Pengenalan Alatan , Bahan dan Pengenalan Jahitan Drawstring Bag
- 06hb Ogos 2025 : Sambungan Jahitan Drawstring Bag ( Mencantum kain di atas span)
- 12hb Ogos 2025 : Sambungan Jahitan Drawstring Bag ( Mencantum kain di atas span )
- 13hb Ogos 2025 : Sambungan Jahitan Drawstring Bag ( Jahitan Quilting di atas kain)
- 19hb Ogos 2025 : Sambungan Jahitan Drawstring Bag (Jahitan Lining, poket dan tali beg )
- 20hb Ogos 2025 : Sambungan Jahitan Drawstring Bag dan kekemasan Produk
September 2025 ( 6 Hari)
- 02hb September : Pengenalan Jahitan Sarung Bantal Hiasan
- 03hb September 2025 : Jahitan Cantuman Kain Sarung Bantal ( Bahagian Hadapan)
- 04hb September 2025 : Sambungan Jahitan Cantuman Kain Sarung Bantal (Bahagian Hadapan )
- 09hb September 2025 : Sambungan Jahitan Sarung Bantal Hiasan dan Quilting di atas kain
- 10hb September 2025 : Jahitan Sarung Bantal ( Bahagian Belakang )
- 11hb September 2025 : Sambungan Jahitan Sarung Bantal Hiasan dan kekemasan Produk