Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pengurus Pentadbiran bekerja dalam persekitaran pejabat yang selesa dan bekerja dengan waktu pejabat yang normal. Pengurus Pentadbiran biasanya bekerja di pejabat dengan badan profesional yang iaitu di sekolah-sekolah, hospital, organisasi korporat, firma undang-undang atau di pejabat perubatan. Mereka menjalankan tugas sokongan pentadbiran yang lebih sukar dan kompleks yang melibatkan pengetahuan yang menyeluruh mengenai dasar-dasar dan prosedur bagi kawasan kerja mereka tanpa memerlukan pemantauan pihak atasan yang maksimum.

Mereka diberikan tanggungjawab penting bagi menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan kesetiausahaan yang kompleks,sensitif, dan sulit dalam setiap tugas yang di amanahkan, serta sering dalam berada persekitaran yang pesat berubah. Mereka juga boleh mengetuai sebilangan kecil kakitangan dalam melaksanakan tugas teknikal bagi menyokong operasi yang ditugaskan.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
1. KELAYAKAN AKADEMIK
1.1 Pemohon hendaklah memiliki SKM Tahap 3 dalam bidang berikut

Pentadbiran Pejabat [N821-001-3:2020]


Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon hendaklah

Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 45


Dan

3. WARGANEGARA
3.1 Pemohon hendaklah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohon hendaklah
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
Kerani Pejabat / Setiausaha / Pengurus / Pensyarah

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ALFA COLLEGE
Alamat
CT-11 & 12, CORPORATE TOWER, SUBANG SQUARE, JALAN SS15/4G,
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
HUZAIMAH BINTI ABD HAMID
Telefon
03-56319208
Emel
sharifah@alfa.edu.my
Laman Web
https://alfa.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Bagi pelajar yang memerlukan pinjaman, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) menyediakan pinjaman:
Kos Pembelajaran = RM8375.00
Elaun @ RM400/RM600/RM800 x 15 BULAN
Elaun Pengangkutan = 500 (SEMENANJUNG) / 1000 (SABAH/SARAWAK)
Elaun Komputer = RM2,500.00
;