
Kursus TVET
Operasi Jualan & Pemasaran
FB-018-3:2012;Sijil Kemahiran Malaysia - Tahap 3 Operasi Jualan & Pemasaran
Pengenalan Kursus
Kursus ini direka untuk melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal dalam bidang Operasi Jualan & Pemasaran, dengan penekanan pada aspek jualan produk Islamic Financing. Program ini terdiri daripada lima modul utama yang merangkumi Market & Product Survey, Direct/Retail Sales, After Sales Service, Self Sales Performance Assessment, Online Sales, Product Marketing, dan Inventory Control. Setiap modul bertujuan untuk membentuk pemahaman menyeluruh tentang strategi jualan, pengurusan inventori, dan pemasaran yang efektif dalam industri kewangan Islam.
Program ini turut memberi penekanan kepada latihan lapangan, membolehkan pelatih mengalami situasi sebenar di tempat kerja. Dalam usaha mempersiapkan mereka sebagai Personal Financing Consultant (PFC), kursus ini juga menyediakan modul tambahan yang merangkumi pengenalan kepada produk-produk Islamic Financing dan persediaan untuk lulus TBE - Peperiksaan Asas Takaful, sebagai nilai tambah kepada pelatih.
Di samping kemahiran teknikal, kursus ini juga menitikberatkan soft skills yang penting untuk kerjaya dalam jualan dan pemasaran, seperti kemahiran berkomunikasi, pengurusan masa, komunikasi dalam Bahasa Inggeris, dan grooming. Dengan pendekatan ini, GIEM Academy berharap dapat melahirkan bakal PFC yang bukan sahaja berpengetahuan luas dalam produk kewangan Islam, tetapi juga mampu berinteraksi secara profesional dan efektif dalam industri.
Antara faedah yang akan diperoleh melalui kursus ini adalah:
1. Memahami asas penyelidikan pasaran dan produk serta aplikasi dalam strategi jualan.
2. Membangunkan kemahiran dalam direct sales, perkhidmatan selepas jualan, dan pengurusan prestasi jualan.
3. Mengetahui kaedah jualan dalam talian yang berkesan dan teknik pemasaran produk yang relevan dengan Islamic Financing.
4. Menguasai kemahiran pengurusan inventori untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan efisien.
5. Mendapat nilai tambah melalui lulus TBE untuk pengiktirafan dalam industri takaful.
Maklumat Latihan TVET
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Unit 06 Level 3A
188 Jalan Kuching, Taman Wahyu
Lain-lain Maklumat
Yuran Pengajian sejumlah RM10,000.00 beserta Elaun Sara Hidup sejumlah RM600.00/ sebulan sepanjang pengajian.
Padanan Pekerjaan MyFutureJobs
Tiada Rekod Tawaran Pekerjaan