Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
27 Bulan
Prospek Kerjaya
Pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau jurugegas. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal.Pelajar yang telah menamatkan pengajian Tahap 3 boleh menyambung pengajian di peringkat Diploma Kemahiran Malaysia (Tahap 4) di ILKBS mahupan ILKA dan ILKS.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA DUSUN TUA
Alamat
KM25 Dusun Tua, Bandar Hulu Langat
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
KHALIDAH BINTI BOHARI
Telefon
0390217100
Emel
khalidahbohari@kbs.gov.my
Laman Web
https://ekampus.kbs.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Pengajian ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia
Elaun Sara diri Sem 1&2 = RM100.00
Sem 3&4 = RM200.00
Latihan Industri = RM300.00

Asrama disediakan.
Makan dan minum disediakan 3 kali sehari (Sarapan, Makan tengahari dan Makan malam)
;