Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal Loji-Downstream) (A18) adalah merupakan program pensijilan minyak dan gas yang mapan dan diiktiraf secara meluas, memberi peluang kepada pelajar dalam mengembangkan pengetahuan dan kemahiran serta kemajuan dalam kerjaya. Kursus ini dirancang untuk mengintegrasikan konsep pembelajaran berdasarkan kompetensi dimana para pelajar diberi pendedahan berkenaan penyelenggaraan peralatan minyak dan gas, servis, kerja-kerja rigging dan slinging, melukis paip, dan juga pengurusan organisasi. Kursus ini mendedahkan para pelajar untuk melaksanakan tugas berdasarkan persekitaran kerja sebenar. KursusTeknologi Minyak dan Gas (Mekanikal Loji-Downstream) menggabungkan elemen-elemen penting dengan aspek teori dan amali dalam penyelenggaraan kilang, termasuk latihan langsung menggunakan pendekatan kerja berpasukan yang dipraktikkan dalam industri minyak dan gas.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan program Sijil Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal) berpeluang menceburi kerjaya sebagai Juruteknik Loji Mekanikal (dalam industri Minyak, Gas & Petrokimia) Operator Pemeriksaan Rigger Lain-lain pekerjaan berkaitan.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS LABUAN (ILP LABUAN)
Alamat
JALAN MOHD. SALLEH
PETI SURAT 80849
87009 LABUAN
Negeri
W.PERSEKUTUAN (LABUAN)
Penyelaras
SABRI HAKIM BIN SADRI
Telefon
087-414911
Emel
ilplabuan@jtm.gov.my
Laman Web
http://www.ilplabuan.gov.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
;