Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini dijalankan bagi memenuhi keperluan C01 Single Phase Drawing NOSS F432-005-2:2019. Kursus ini direka khusus untuk individu yang ingin memperdalam pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pendawaian elektrik satu fasa. Kursus ini memberikan fokus kepada aspek lukisan teknikal yang penting dalam merancang dan melaksanakan projek pendawaian elektrik. Peserta akan didedahkan kepada prinsip asas, simbol, dan teknik dalam menghasilkan lukisan pendawaian elektrik yang mematuhi standard industri.
Di dalam kursus ini peserta dimestikan mengikuti pembelajaran secara teori 30% dan amali 70% yang telah ditetapkan bagi menyempurnakan keseluruhan kursus merangkumi skop di bawah:
• Pengenalan kepada Pendawaian Elektrik Satu Fasa: Prinsip asas pendawaian, peraturan keselamatan, dan standard industri.
• Simbol & Komponen Pendawaian: Pengenalan kepada simbol-simbol elektrik dan komponen utama dalam sistem satu fasa.
• Membaca dan Melukis Lukisan Teknikal: Teknik membaca lukisan teknikal serta melukis skematik dan diagram litar satu fasa.
• Perisian Lukisan Elektrik: Penggunaan perisian komputer seperti CAD/Microsoft Visio untuk melukis lukisan pendawaian elektrik.
• Amali & Kajian Kes: Pendekatan hands-on melalui kajian kes dan simulasi untuk memahami aplikasi praktikal.
• Projek Akhir: Mereka bentuk satu sistem pendawaian elektrik satu fasa yang lengkap sebagai projek akhir.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
30020 IPOH, PERAK