Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini memberi fokus kepada prinsip pemasangan unit penyaman udara split unit satu fasa bagi melengkapkan CU 3 NOSS F432-007-3: 2020 Pemasangan dan Penyelenggaraan Satu Fasa Penyaman Udara, Pengudaraan, Pemanasan (HVAC) Level 3.
Objektif utama bagi kursus ini adalah untuk menaiktaraf dan pengiktirafan peserta dalam kemahiran dan pengetahuan dalam tata kerja servis penyaman udara kediaman. Peserta akan didedahkan dengan mekanisma penyejukan dalam penyaman udara kediaman. Peserta juga akan didedahkan dengan fungsi komponen penyaman udara kediaman berdasarkan kitaran sistem penyaman udara. Kursus ini akan memberi peluang kepada peserta untuk lebih memahami kawalan asas serta fungsi input dan output komponen penyaman udara dan pengetahuan dalam proses pertukaran komponen tersebut. Peserta akan didedahkan dengan teknik penggunaan alat pengukuran dengan betul dan membuat pengukuran pada sistem penyaman udara serta mengenal pasti perubahan data semasa unit penyaman udara beroperasi dalam keadaan tidak normal. Panduan berasaskan servis manual dan kod ralat akan diberikan bagi membantu peserta mengenal pasti punca kerosakan penyaman udara dalam program ini.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
30020 IPOH, PERAK