Kursus TVET

PEMBUATAN PASTRI

HT-014-3:2011;-

KOLEJ YAYASAN FELDA KAMPUS MEMPAGA , PAHANG

Pengenalan Kursus

Kursus pembuatan pastri tahap 3 merupakan satu program latihan kemahiran yang direka khusus untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pastri dan konfeksi. Kursus ini menawarkan pembelajaran yang lebih mendalam dan berstruktur, merangkumi pelbagai teknik lanjutan dalam penyediaan pastri moden, dekorasi pencuci mulut, kawalan mutu serta pematuhan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.
Pelatih akan didedahkan kepada pelbagai aspek teori dan amali yang relevan, termasuk pengurusan dapur pastri, perancangan pengeluaran produk, serta inovasi dalam rekabentuk dan persembahan produk. Di akhir kursus, peserta diharapkan mampu menghasilkan produk pastri berkualiti tinggi yang menepati kehendak industri hospitaliti dan katering, serta berupaya berdikari sama ada sebagai pekerja mahir atau usahawan dalam bidang ini.
Kursus ini selaras dengan standard kemahiran kebangsaan (NOSS) dan merupakan platform terbaik bagi individu yang ingin meningkatkan tahap kemahiran dari asas ke tahap pertengahan dan seterusnya ke tahap profesional dalam dunia pastri.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
MT - Mengikut Tahap
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
i. Pastri Profesional (Pastry chef)
ii. Pembuat Kek/Baker
iii. Usahawan Bakeri/kafe
iv. Pereka kek (Cake Designer)
v. Tenaga Pengajar
vi. Executive Chef
vii. Penyedia Perkhidmatan Katering
viii. Food Content Creator

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Umur
Syarat Wajib

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 30

DAN
02
Kriteria Utama
Status Perkahwinan
Syarat Wajib
1. Bujang

DAN
03
Kriteria Utama
Kelayakan Akademik
Syarat Wajib

PEMBUATAN PASTRI [HT-014-2:2011] Atau

Penyedia Pastri [L-110-2]

DAN
04
Kriteria Utama
Warganegara
Syarat Wajib
Warganegara Malaysia Sahaja
DAN
05
Kriteria Utama
Syarat Tambahan
Syarat Wajib
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
DAN
06
Kriteria Utama
Pendidikan
Syarat Wajib
Memiliki kelayakan sekurang-kurangnya PMR/PT3/lepasan tingkatan 3/tahfiz

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

DAN
07
Kriteria Utama
Tiada rekod jenayah
Tiada rekod jenayah
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ YAYASAN FELDA KAMPUS MEMPAGA
Alamat
TAMAN FELDA JAYA, MEMPAGA, JALAN MEMPAGA MUKIM SABAI,
Negeri
PAHANG
Penyelaras
MUHAMMAD MAHFUZI BIN SULAIMAN
Telefon
09-2231 596
Emel
kyfmempaga@gmail.com
Laman Web
yayasanfelda.org

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- Pengajian, Penginapan asrama dan sajian makan (3 kali sehari) disediakan kepada para pelatih,

- Keperluan asas kursus (toolbox), baju korporat, baju chef, suntikan typhoid dan keperluan asas lain turut disediakan kepada para pelatih

- Sila hubungi pihak kolej : Norhana Samsudin (0164910711) / Muhammad Mahfuzi Sulaiman (0127996409) / talian pejabat (09 223 1596) atau mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kursus.

-Sila layari media sosial Yayasan Felda Official untuk mengetahui aktiviti dan fasiliti yang ditawarkan.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;