Kursus TVET

Sijil Dandanan Rambut

SDR

Pengenalan Kursus

Program Dandanan Rambut adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Dandanan Rambut. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi itu nanti dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

1. Teknik dan kaedah melaksanakan Hair Care And Styling, Advance Haircutting, Advance Hair Perming And Straightening, Advance Hair Treatment And Coloring, Advance Styling And Hair Show dan Business Management. Mendedahkan pelajar kepada aspek-aspek keusahawan supaya dapat mewujudkan peluang perniagaan dalam bidang yang berkaitan.

2. Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai cara komunikasi yang berkesan.

3. Memastikan pelajar mahir dengan kaedah dan teknik menggunakan mesin yang betul dan berkesan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

4. Membantu dalam memantapkan lagi kemahiran pelajar dalam bidang Hair Care And Styling, Advance Haircutting, Advance Hair Perming And Straightening, Advance Hair Treatment And Coloring, Advance Styling And Hair Show dan Business Management.

5. Memberi pendedahan kepada pelajar tentang cara pengurusan salun atau perniagaan dan projek.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Tempoh Pengajian
16 Bulan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Dandanan Rambut yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Dandanan Rambut. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

1. Perunding Imej
2. Pendandan Rambut
3. Pensyarah Dandanan Rambut
4. Pengurus
5. Freelancer
6. Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI PASIR GUDANG
Alamat
61, JLN KIJANG, TAMAN SCIENTEX, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
-
Telefon
07-2543150
Emel
kkpasirgudang@kkpg.edu.my
Laman Web
https://kkpasirgudang.mypolycc.edu.my/index.php/en/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Syarat Lain Kemasukan
Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
;