Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan Ringan dan Program Servis Diagnostik Kenderaan Ringan saling melengkapi dalam usaha melahirkan tenaga kerja automotif yang berkemahiran, berkualiti dan berdaya saing. Melalui pendedahan kepada pengetahuan teori, latihan amali, serta penggunaan teknologi diagnostik terkini, pelatih dapat membangunkan kemahiran asas dan lanjutan yang diperlukan oleh industri.
Program ini juga membuka peluang kerjaya yang lebih luas kepada graduan, sama ada dalam bidang penyelenggaraan kenderaan, pembaikan sistem elektronik automotif, mahupun sebagai usahawan bengkel automotif. Kesimpulannya, kedua-dua program ini penting dalam menyokong pembangunan sektor automotif negara serta memenuhi permintaan pasaran kerja yang semakin berkembang pesat.
Maklumat Latihan TVET
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1. Asrama
2. Elaun Bulanan
3. Makan dan Minum
4. Pakaian Seragam