Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Selaras dengan keperluan tenaga kerja yang kompeten di pasaran kerja. JPSM melalui kampus ILTP Papar telah berusaha menukar program anjurannya kepada konsep latihan yang berasaskan keterampilan. Sehubungan dengan ini, pada tahun 2007, program Pembantu dan Juruteknik Sistem Komputer (D-041-2&3) Tahap 2 dan 3 Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) telah bermula. Tahun 2011 program ini telah bertukar kod kemahiran kepada IT-020-2&3. Bermula pada kemasukan Julai 2016, nama program ini bertukar kepada Operasi Sistem Komputer (Computer System Operation) dengan menggunakan kod program yang baharu, iaitu IT-020-3:2013. Program ini juga merupakan satu program latihan kemahiran teknikal yang dirangka khusus bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam bidang penyelenggaraan dan pengurusan sistem komputer..

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2 Lulus Subjek SPM berikut:

1. Bahasa Melayu

Bil. Subjek : 1
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU

Atau

1.3 Lulus Subjek SPM berikut:
Kod Subjek Subjek Wajib/Pilihan Kategori Pilihan Min Gred
1103 BAHASA MELAYU Wajib E

Atau

1.4 Lulus Subjek SVM berikut:
PNG Keseluruhan : 0.00
PNG Akademik : 0.00
PNG Vokasional : 0.00
Kod Mata Pelajaran Mata Pelajaran Wajib/Pilihan Min Gred
1104 BAHASA MELAYU Wajib E

Dan

2. Warganegara
2.1
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

3. Syarat Tambahan
3.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
4. Bujang (Wajib)
Tempoh Pengajian
3 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya pelatih yang telah tamat pengajian di dalam program ini berpeluang untuk menceburi bidang kerjaya seperti Juruteknik Sistem Komputer, Juruteknik Khidmat Sokongan, Usahawan Kafe Siber, Usahawan Kedai Komputer, Pembantu Tadbir, Pegawai Pemasaran ICT dan Tenaga Pengajar di institusi kemahiran & vokasional.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN TEKNIK & PERDAGANGAN, JABATAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA
Alamat
BEG BERKUNCI NO. 5, JALAN PANTAI MANIS, PAPAR, 89609 KOTA KINABALU, SABAH
Negeri
SABAH
Penyelaras
BETTCCY JEFFERY
Telefon
088-913 461
Emel
Bettccy.Jeffery@sabah.gov.my
Laman Web
www.jpsmsabah.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kemudahan Kursus:

1. Asrama
2. Elaun Bulanan
3. Makan dan Minum
4. Pakaian Seragam
;