Kursus TVET

DIPLOMA PENGURUSAN AMALAN HALAL

BM112

Pengenalan Kursus

Program ini diwujudkan berobjektif bagi membantu meningkatkan pertumbuhan industri / produk halal negara disamping melahirkan modal insan yang lebih berpengetahuan luas dan arif dalam bidang halal. Usaha ini bagi merealisasikan Malaysia sebagai peneraju pusat hub halal antarabangsa dan kewangan Islam global.

Selain itu, program ini turut berperanan membina ekosistem halal yang mampan dengan melibatkan kerjasama antara kerajaan dan pihak industri agar Malaysia mampu mengekalkan kedudukan sebagai peneraju utama dalam pasaran halal dunia.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
5 Semester
Prospek Kerjaya
- Penolong Penguatkuasa Halal
- Penolong Auditor Halal
- Penolong Pengurus Produk dan Perkhidmatan Halal
- Penolong Pengurus Restoran Makanan
- Penyembelih Halal
- Koordinator Halal
- Eksekutif Halal

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Kolej FELCRA
Alamat
Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, 36800 Kampung Gajah, Perak
Negeri
PERAK
Penyelaras
MUHAMMAD AMIR SYAFIQ BIN KAMARUDIN
Telefon
05-6551190
Emel
mail@kolejfelcra.edu.my
Laman Web
https://kolejfelcra.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) kredit dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU

ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan sekurang – kurangnya Gred C (Purata Gred 2.0) dalam mana – mana mata pelajaran; ATAU

iii. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang – kurangnya Gred Maqbul; ATAU

iv. Memiliki Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang yang berkaitan sekurang – kurangnya PNGK 2.00; ATAU

v. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3, MQF dalam bidang berkaitan; ATAU

vi. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
;