
Kursus TVET
DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BM111
Pengenalan Kursus
Program Diploma Pengurusan Sumber Manusia ini ditawarkan adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan meluas, teknikal, operasi dan kemahiran keusahawanan bagi membolehkan para pelajar mampu melaksanakan pengurusan dalam bidang-bidang tertentu berkaitan pengurusan sumber manusia dengan berkesan dan beretika, seterusnya dapat menyemai keinginan untuk pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kerjaya dalam bidang pengurusan sumber manusia. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan. Program ini menitik beratkan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan mampu meningkatkan kualiti dan keberkesanan pengajaran program Diploma Pengurusan Sumber Manusia yang ditawarkan oleh Kolej FELCRA. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk menguruskan perniagaan atau menceburi bidang perniagaan.
Maklumat Latihan TVET
- Pegawai Pembantu Perhubungan Pekerja
- Pegawai Pembantu Latihan dan Pembangunan
- Pegawai Pembantu Payroll
- Pegawai Pembantu Sistem Maklumat Sumber Manusia
- Pegawai Pembantu Pengurusan
- Pegawai Pembantu Konsultan
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
ii. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU
iii. Sijil (Tahap 3, MQF) dalam bidang berkaitan dengan sekurang - kurangnya CGPA 2.00; ATAU
iv. Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya Gred C (GP 2.0) dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU
v. Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan sekurang - kurangnya gred Maqbul; ATAU
vi. Mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia