Kursus TVET

DIPLOMA TEKNOLOGI PERTANIAN

AM110

Pengenalan Kursus

Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Teknologi Pertanian bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang diguna pakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan.

Program ini menitik beratkan pembelajaran kepada bidang berkaitan pertanian seperti sains tumbuhan dan haiwan, pengeluaran tanaman makanan dan ternakan, pengurusan makhluk perosak tanaman, pengurusan tanah, pengurusan ladang serta pengurusan ekonomi dan keusahawanan tani. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran perkerjaan di institusi awam mahupun swasta.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
5 Semester
Prospek Kerjaya
- Penolong Pegawai Pertanian
- Penyelia Ladang
- Pembantu Penyelidik Pertanian
- Penolong Agronomis
- Usahawan Tani

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Kolej FELCRA
Alamat
Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, 36800 Kampung Gajah, Perak
Negeri
PERAK
Penyelaras
MUHAMMAD AMIR SYAFIQ BIN KAMARUDIN
Telefon
05-6551190
Emel
mail@kolejfelcra.edu.my
Laman Web
https://kolejfelcra.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan minimum 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk mata pelajaran Sains dan Matematik; ATAU

ii. Lulus Sijil Keusahawanan, atau Sijil Asas Perniagaan atau Sijil Tahap 3 yang setara dari mana-mana PPT; ATAU

iii. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya: ATAU

iv. Lulus SPM dengan mendapat 1 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU

v. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; ATAU

vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
;