Kursus TVET

DIPLOMA PENGURUSAN PASCA TUAI

AM111

Pengenalan Kursus

Penawaran kursus adalah bagi melahirkan pelajar yang berkualiti di peringkat diploma dalam bidang Diploma Pengurusan Pasca Tuai bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dan juga memenuhi keperluan pasaran kerja masa hadapan. Kurikulum yang digunapakai adalah berdasarkan kurikulum yang digubal oleh Jawatankuasa Kurikulum Kolej FELCRA dan kurikulum tersebut selaras dengan kurikulum kebangsaan.

Program ini menitikberatkan pembelajaran kepada bidang pengurusan pasca tuai meliputi pengendalian, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan dan pemasaran hasil pertanian. Program ini juga menumpukan kepada pengurusan pasca-tuai hasil tanaman, penternakan dan juga perikanan. Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dapat melayakkan diri ke peringkat ijazah di dalam bidang-bidang seumpamanya yang berkaitan selain berkebolehan untuk memenuhi keperluan pasaran pekerjaan di institusi awam mahupun swasta.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
5 Semester
Prospek Kerjaya
-Penolong Pegawai Pengurusan Pasca Tuai
-Penolong Perladangan
-Penolong Pegawai Pertanian
-Pembantu Penyelidik
-Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Kolej FELCRA
Alamat
Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, 36800 Kampung Gajah, Perak
Negeri
PERAK
Penyelaras
MUHAMMAD AMIR SYAFIQ BIN KAMARUDIN
Telefon
05-6551190
Emel
mail@kolejfelcra.edu.my
Laman Web
https://kolejfelcra.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk LULUS mana-mana mata pelajaran Sains dan Matematik; ATAU

ii. Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf dengan minimum Gred C (NGMP 2.0) dalam mana-mana subjek; ATAU

iii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan (Tahap 3, KKM) atau Sijil/Pra-Diploma atau setara dari mana-mana PPT; ATAU

iv. Lulus Sijil Politeknik/Sijil Kolej Komuniti Tahap 3 dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau setara dengannya; ATAU

v. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam bidang berkaitan; ATAU

vi. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf oleh Lembaga Akademik Kolej; ATAU

vii. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia
;