Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Mulakan kerjaya di bidang pelancongan dengan menyertai KURSUS PEMANDU PELANCONG BANDAR : Tahap 3 Sijil Kemahiran Malaysia
kursus yang ditawarkan kepada lepasan sekolah, graduan atau individu dewasa yang bekerja dan ingin menjadi individu kompetan, sertai kursus ini yang bertujuan melahirkan tenaga mahir dalam industri pelancongan negara.
🔹 Syarat Kemasukan Minimum:
Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan 6 subjek lulus.
atau
5 tahun pengalaman dalam bidang pelancongan
Sepanjang tempoh kursus, pelajar akan mengikuti pembelajaran teori dan praktikal yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman. Pelajar akan menduduki peperiksaan rasmi oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
Peperiksaan ini merangkumi:
✅ Penilaian pembangunan Portfolio Kerja
✅ Peperiksaan teori
✅ Peperiksaan praktikal
Pelajar yang berjaya lulus akan menerima:
📜 Sijil SKM Tahap 3 (Pemandu Pelancong) dan boleh memohon pemandu pelancong bandar
Apa yang Anda Akan Pelajari
> Teknik ulasan pemanduan pelancongan profesional
> Pengetahuan mendalam tentang geografi, geologi, sejarah dan budaya Malaysia
> Kemahiran komunikasi pelbagai bahasa untuk pelancong tempatan & antarabangsa
> Pengurusan kumpulan pelancong dan aspek keselamatan di lapangan
> Etika, pengurusan masa & penyampaian maklumat secara menarik
> Pengendalian lawatan ke destinasi popular dan ekopelancongan
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Atau
Dan
Umur Minimum : 18
Umur Maksimum : 100
Dan
Selepas berjaya menamatkan kursus dan memperoleh Sijil SKM Tahap 3, anda berpeluang bekerja sebagai :
> Pemandu Pelancong Bandar di seluruh semenanjung
> Tour Leader atau Tour Coordinator
> Freelance Tourist Guide dengan agensi pelancongan dalam & luar negara.
> Jurupandu pelancongan khas untuk niche tertentu seperti ekopelancongan, budaya, makanan, atau sejarah
> menubuhkan syarikat pelancongan atau bekerjasama dengan agensi inbound/outbound yang berdaftar dengan MOTAC.
Butiran Penyedia Latihan TVET
SEKSYEN 2 BANDAR BARU JASIN
77200 BEMBAN MELAKA
Lain-lain Maklumat
> Kelas Online 3 kali seminggu setiap isnin, selasa & rabu
> Kelas bersemuka termasuk kelas amali diatas bas & lawatan ke tempat tempat pelancongan untuk suasana sebenar.
Maklumat Yuran:
> Plan Bayaran Ansuran sehingga tamat belajar.
> Pengeluaran account 2 KWSP