Kursus TVET

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

BM110

Pengenalan Kursus

Program Diploma Pengurusan Perniagaan ini diwujudkan untuk memberikan pendidikan lengkap kepada orang ramai berkenaan kegiatan menjalankan dan mengekalkan perniagaan. Pelajar jurusan perniagaan bukan sahaja diajar berkenaan asas-asas pengurusan tetapi mereka juga akan didedahkan kepada situasi sebenar sebagai bahan kajian bagi merealisasikan prinsip-prinsip berkenaan. Pengalaman pertama yang ditimba sesungguhnya amat bermakna untuk mengenali dunia sebenar perniagaan. Program ini juga dapat menyediakan kemahiran-kemahiran penting perniagaan termasuk Pengurusan, Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dan Komunikasi Perniagaan.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
5 Semester
Prospek Kerjaya
- Eksekutif Pengurusan/Perniagaan
- Penolong Juruaudit
- Membuka Syarikat Sendiri
- Eksekutif Pemasaran
- Penolong Pegawai Pemasaran
- Penolong Akauntan
- Pemeriksa Kira-kira
- Usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
Kolej FELCRA
Alamat
Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah, 36800 Kampung Gajah, Perak
Negeri
PERAK
Penyelaras
Ts. AZLIZUL BIN ABDUL RAHIM
Telefon
05-6551190
Emel
azlizulrahim@kolejfelcra.edu.my
Laman Web
https://kolejfelcra.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
i. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tiga (3) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran; atau

ii. Lulus Sijil Keusahawanan, Sijil Asas Perniagaan atau Sijil/pra Diploma atau setara dari mana-mana Institut Pengajian TInggi; atau

iii. Lulus Sijil Politeknik / Sijil Komuniti (Tahap 3 SKM) dalam mana-mana bidang atau dari mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia setaraf dengannya; atau

iv. Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana matapelajaran dan memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sekurang-kurangnya tahap 3 dalam bidang berkaitan; atau

v. Kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia.
;