Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini direka khas untuk memberi pendedahan asas kepada dunia pengaturcaraan dan mikropengawal Arduino. Peserta akan belajar bagaimana menulis kod mudah, memahami logik pengaturcaraan, serta membangunkan projek elektronik interaktif menggunakan platform Arduino. Melalui pendekatan hands-on, kursus ini sesuai untuk pelajar, guru, atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan langkah pertama dalam bidang elektronik pintar dan automasi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Tempoh Pengajian
8 Jam
Prospek Kerjaya
a) IoT Developer – bangunkan produk pintar (contoh: Smart Home, Wearable Device).
b) Prototyping Specialist – buat prototaip untuk startup teknologi.
c) Maker / Inventor – cipta produk sendiri untuk pasaran (contoh: sistem pertanian pintar, projek STEM).

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN MERSING
Alamat
LOT 16109 KM 16, JALAN JEMALUANG,
86800 MERSING, JOHOR
Negeri
JOHOR
Penyelaras
NORHAFNIZA BINTI MOHAMED
Telefon
07 7921700
Emel
info.ilpmsg@jtm.gov.my
Laman Web
www.ilpmsg.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Objektif Kursus:
Memahami konsep asas pengaturcaraan (logik, struktur kawalan, input & output).
Mengenali komponen asas elektronik yang digunakan bersama Arduino.
Membina dan menguji projek mudah menggunakan papan Arduino Uno.
Menerapkan kreativiti dalam menghasilkan aplikasi praktikal seperti sistem LED automatik, sensor suhu, dan kawalan motor.

Kandungan Utama:
Pengenalan Pengaturcaraan: konsep, sintaks, dan logik asas.
Arduino IDE: pemasangan, penulisan kod & upload ke papan Arduino.
Input & Output Asas: LED, push button, sensor, buzzer.

Projek Mini:
Lampu LED berkelip (Blinking LED).
Sistem penggera mudah dengan sensor.
Kawalan motor mini/fan.

Hasil Pembelajaran
Selepas kursus ini, peserta mampu:
✅ Menulis dan memahami kod asas dalam Arduino IDE.
✅ Menyambung dan menguji litar asas elektronik.
✅ Menghasilkan projek kecil berasaskan Arduino.
✅ Mengembangkan idea kreatif ke arah projek lebih kompleks.
;