Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus ini diperkenalkan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai asas-asas teknologi rumah pintar, termasuk penggunaan Internet of Things (IoT), sistem automasi, pengaturcaraan, serta pemasangan dan penyelenggaraan peranti pintar. Kursus ini juga bertujuan melahirkan individu yang celik teknologi dan berkeupayaan membina serta mengurus sistem rumah pintar dengan selamat dan berkesan.
Sepanjang kursus ini, pelajar akan mempelajari teori dan amali berkaitan sambungan rangkaian, integrasi peranti pintar seperti sensor dan pengawal (contoh: Raspberry Pi, Arduino, ESP32), serta penggunaan aplikasi mudah alih atau platform seperti Google Home dan Alexa. Penekanan turut diberikan kepada aspek keselamatan siber dan kecekapan tenaga dalam sistem rumah pintar.
Melalui kursus ini, peserta bukan sahaja akan memperoleh kemahiran teknikal tetapi juga membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah, pemikiran kreatif, dan inovatif selaras dengan keperluan Revolusi Industri 4.0.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Kursus Pendek / Micro Credential / Modular / Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Kelayakan Akademik
1.1 Calon mestilah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

1.

Bil. Subjek : 2
Gred Minimum : E

Kod Subjek Subjek
1103 BAHASA MELAYU
1249 SEJARAH

Atau

1.2 Memiliki PW2

Jenis Sijil/Diploma : Sijil
Mempunyai Sijil PW2 Dari ST
Minimum CGPA : 0.00


Atau

1.3
Memiliki Persijilan Kemahiran Malaysia Tahap 3 Atau Ke Atas

Dan

2. Umur
2.1 Had umur peserta kursus adalah

Umur Minimum : 17
Umur Maksimum : 45


Dan

3. Warganegara
3.1 Pemohon mestilah
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

4. Pengalaman Bekerja
4.1 Peserta mestilah
1. mempunyai pengalaman kerja dalam bidang selama 3 tahun


Dan

5. Syarat Tambahan
5.1
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib) ,
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib)
Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
Juruteknik Sistem Rumah Pintar
Usahawan Teknologi Pintar

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
ADTEC JTM KAMPUS MARANG (ILP MARANG)
Alamat
KAMPUNG BUKIT PARIT,
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
Ts. ZAHARI BIN JUSOH
Telefon
09-6189000
Emel
info_ilpmrg@jtm.gov.my
Laman Web
https://www.ilpmrg.gov.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kehadiran adalah wajib setelah mendaftar
;