Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Pendawaian Elektrik PW4 bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pendawaian elektrik sistem tiga fasa voltan rendah. Ia merangkumi aspek teori dan amali berkaitan pemasangan, penyelenggaraan dan pengujian sistem pendawaian mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
Peserta yang berjaya boleh memohon Sijil Pendawai Kompeten PW4 daripada ST, membolehkan mereka menjalankan kerja pendawaian secara sah. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada situasi industri sebenar, selaras dengan keperluan pasaran kerja dan pembangunan tenaga mahir negara.
Maklumat Latihan TVET
Dan
1.
Bil. Subjek : 0
Gred Minimum :
| Kod Subjek | Subjek |
|---|---|
| 1103 | BAHASA MELAYU |
| 1249 | SEJARAH |
Atau
Atau
1. Pendawai Bertauliah (Kompeten) – Boleh menjalankan kerja pendawaian tiga fasa secara sah dengan lesen daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
2. Kontraktor Elektrik – Berpeluang mendaftar sebagai kontraktor berlesen untuk projek kediaman, komersial dan industri.
3. Juruteknik Elektrik – Bertugas dalam penyelenggaraan dan pembaikan sistem elektrik di kilang, bangunan dan syarikat utiliti.
4. Usahawan Elektrik – Menjalankan perniagaan sendiri dalam servis pemasangan dan penyelenggaraan elektrik.
5. Tenaga Pengajar – Menyertai institusi latihan kemahiran sebagai pengajar dalam bidang elektrik.
6. Kerjaya di sektor awam & swasta – Bertugas di jabatan kerajaan, GLC, TNB, dan syarikat multinasional yang memerlukan tenaga mahir dalam bidang elektrik.