Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam Operasi Seni Kulinari adalah kursus latihan kemahiran berasaskan pekerjaan yang memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dan teknikal dalam bidang penyediaan makanan dan pengurusan dapur profesional. Kursus ini direka mengikut National Occupational Skills Standard (NOSS) yang dibangunkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Objektif Kursus
* Membekalkan pengetahuan dan kemahiran dalam penyediaan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa.
* Melatih pelatih dalam operasi dan pengurusan dapur termasuk aspek kebersihan, keselamatan makanan, dan penggunaan peralatan dapur komersial.
* Melahirkan tenaga kerja mahir yang kompeten dan berdaya saing dalam industri hospitaliti dan kulinari.
* Menyediakan laluan kerjaya dan peluang peningkatan ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang kulinari.

Setelah menamatkan Tahap 3, peserta boleh meneruskan ke:
* SKM Tahap 4 – Penyeliaan Seni Kulinari (Supervisory Culinary Arts)
* Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)
* Sijil/Diploma Pengurusan Hospitaliti di IPTA/IPTS

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. WARGANEGARA
1.1 Pemohon hendaklah:
Warganegara Malaysia Sahaja

Dan

2. UMUR
2.1 Pemohon hendaklah berumur:

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 60


Dan

3. KELAYAKAN AKADEMIK
3.1 Kelayakan akademik pemohon:

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Dan

4. SYARAT TAMBAHAN
4.1 Pemohon wajib perlu:
1. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Dan

5. LAIN-LAIN SYARAT
5.1 Pemohon wajib perlu:
1. Tiada sebarang rekod jenayah

Tempoh Pengajian
15 Bulan
Prospek Kerjaya
Commis Chef, Chef de Partie (CDP) (berpengalaman), Sous Chef / Junior Sous Chef, Penyelia Dapur, Usahawan Katering / Chef Bebas

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
CITY SKILL TRAINING CENTRE
Alamat
NO.1-1-38, LOT 38, 1ST FLOOR, LIKAS SQUARE COMMERCIAL CENTRE, JALAN ISTIADAT
LIKAS, 88400 KOTA KINABALU.
Negeri
SABAH
Penyelaras
JASNI BIN UMIN
Telefon
01131441707
Emel
pb@cityskill.com.my
Laman Web
https://cityskill.info/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Permohonan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemajuan yang diurus oleh pihak Pusat Latihan bagi pihak pelatih.
Hoste/Penginapan disediakan (bayaran bulanan ditanggung oleh pelatih)

Antara bidang kemahiran utama yang dipelajari termasuk:
* Penyediaan makanan berasaskan daging, ayam, ikan dan makanan laut.
* Penyediaan makanan berasaskan sayur-sayuran dan pasta.
* Teknik memasak asas hingga lanjutan seperti memanggang, menggoreng, mengukus dan rebusan.
* Pembangunan resipi dan pemekatan rasa (flavour profiling).
* Pengurusan stok, inventori dan kebersihan dapur.
* Penyediaan makanan mengikut standard HACCP dan keselamatan makanan.
* Pengendalian peralatan dapur industri secara selamat dan cekap.
;