Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini direka khusus untuk membantu pendidik awal kanak-kanak, pengasuh dan ibu bapa memahami kepentingan kemahiran hidup asas dalam membentuk keupayaan kendiri kanak-kanak sejak usia awal. Melalui latihan ini, peserta akan didedahkan kepada pendekatan praktikal dalam mengajar kanak-kanak kemahiran asas seperti penjagaan diri, tanggungjawab, komunikasi, dan penyelesaian masalah secara positif.
Kursus ini juga menekankan peranan pendidik sebagai pembimbing dalam membentuk sikap berdikari, yakin diri dan berdisiplin dalam kalangan kanak-kanak. Dengan gabungan teori, aktiviti interaktif dan simulasi, peserta akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk membimbing kanak-kanak menjadi individu yang lebih berdikari dan berdaya tahan dalam kehidupan seharian.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
2.Pengasuh Profesional (Childcare Provider)
3. Pembantu Pembangunan Kanak-Kanak (Child Development Assistant)
4. Fasilitator / Jurulatih Program Kanak-Kanak
5. Penyelia Taska / Penyelaras Program Pendidikan Awal
6. Pereka Modul Pendidikan Awal / Penulis Bahan Didik Kanak-Kanak
7. Kaunselor Kanak-Kanak / Pembimbing Perkembangan Diri (dengan latihan lanjutan)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1.Teori
2.Perbincangan
3.Demonstrasi
4.Praktikal
5.Lisan
6.Penilaian