Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus ini dirangka bagi meningkatkan kesedaran dan kecekapan pendidik, pengasuh serta individu yang terlibat dalam penjagaan kanak-kanak terhadap isu penderaan dan pengabaian. Peserta akan didedahkan kepada tanda-tanda awal penderaan fizikal, emosi, seksual dan pengabaian, serta langkah intervensi yang sesuai bagi melindungi keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak.Melalui latihan ini, peserta akan mempelajari cara berkomunikasi secara empati dengan mangsa, memahami hak kanak-kanak di bawah undang-undang, dan mengaplikasikan pendekatan perlindungan berasaskan trauma (trauma-informed care).
Kursus ini juga menekankan pentingnya peranan penjaga dan pendidik sebagai pelindung utama dalam memastikan setiap kanak-kanak dibesarkan dalam persekitaran yang selamat, penyayang dan menyokong perkembangan menyeluruh mereka.
Maklumat Latihan TVET
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
2.Pengasuh Profesional (Childcare Provider)
3. Pembantu Pembangunan Kanak-Kanak (Child Development Assistant)
4. Fasilitator / Jurulatih Program Kanak-Kanak
5. Penyelia Taska / Penyelaras Program Pendidikan Awal
6. Pereka Modul Pendidikan Awal / Penulis Bahan Didik Kanak-Kanak
7. Kaunselor Kanak-Kanak / Pembimbing Perkembangan Diri (dengan latihan lanjutan)
Butiran Penyedia Latihan TVET
Lain-lain Maklumat
1.Teori
2.Perbincangan
3.Demonstrasi
4.Praktikal
5.Lisan
6.Penilaian