Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Pengurusan Perhubungan Tetamu memberi tumpuan kepada kemahiran komunikasi dan layanan profesional dalam mengurus keperluan, aduan serta pengalaman tetamu di pelbagai sektor seperti hospitaliti, perkhidmatan pelanggan dan pentadbiran korporat.Peserta akan mempelajari teknik berinteraksi dengan sopan, memahami keperluan pelanggan, mengendalikan situasi sukar serta membina imej positif organisasi melalui perkhidmatan yang mesra dan berkualiti tinggi.

Latihan ini juga menekankan etika kerja, kemahiran komunikasi interpersonal, serta kepentingan sikap empati dan kecekapan dalam memberi pengalaman terbaik kepada setiap tetamu.

Melalui kursus ini, peserta akan memperoleh kemahiran untuk:
a) Menyambut dan melayan tetamu dengan profesional;
b)Menangani aduan atau isu pelanggan dengan berhemah;
c) Meningkatkan kepuasan dan kepercayaan tetamu terhadap organisasi;
d) Membina imej korporat yang positif melalui perkhidmatan berkualiti

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Boleh Membaca, Mengira & Menulis
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
1. Setiausaha / Setiausaha Eksekutif
2. Pembantu Tadbir / Pegawai Tadbir
3. Pegawai Sumber Manusia (HR Officer)
4. Eksekutif Pejabat / Office Executive
5. Kerani Pentadbiran / Administrative Clerk
6. Penyelia Dokumen / Document Controller
7. Pegawai Komunikasi Korporat / Corporate Communication Officer

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PERKASA SKILLS INSTITUTE
Alamat
Lot F-2-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHAMMAD GHAZALI BIN MOKHTAR
Telefon
0355239070
Emel
perkasaskillsinstitute@gmail.com
Laman Web
https://perkasaskills.com.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Sepanjang tempoh sesi Pengajaran & Pembelajaran peserta akan menjalani seperti berikut : -

1.Teori
2.Perbincangan
3.Demonstrasi
4.Praktikal
5.Lisan
6.Penilaian
;