Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Memberi tumpuan kepada kemahiran mengurus dan menyelenggara aset pejabat dengan teratur, sistematik dan berkesan bagi memastikan kelancaran operasi organisasi. Peserta akan didedahkan kepada teknik pengurusan aset yang merangkumi pendaftaran, penyimpanan, kawalan pergerakan, penyelenggaraan serta pelupusan aset mengikut prosedur yang betul.

Latihan ini menekankan kepentingan kecekapan dalam penggunaan sumber, ketepatan rekod, serta tanggungjawab terhadap penjagaan aset organisasi. Peserta juga akan mempelajari penggunaan sistem digital atau inventori moden bagi meningkatkan ketelusan dan keberkesanan dalam pemantauan aset.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 3 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Boleh Membaca, Mengira & Menulis
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
1. Setiausaha / Setiausaha Eksekutif
2. Pembantu Tadbir / Pegawai Tadbir
3. Pegawai Sumber Manusia (HR Officer)
4. Eksekutif Pejabat / Office Executive
5. Kerani Pentadbiran / Administrative Clerk
6. Penyelia Dokumen / Document Controller
7. Pegawai Komunikasi Korporat / Corporate Communication Officer

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PERKASA SKILLS INSTITUTE
Alamat
Lot F-2-36, Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
MOHAMMAD GHAZALI BIN MOKHTAR
Telefon
0355239070
Emel
perkasaskillsinstitute@gmail.com
Laman Web
https://perkasaskills.com.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Sepanjang tempoh sesi Pengajaran & Pembelajaran peserta akan menjalani seperti berikut : -

1.Teori
2.Perbincangan
3.Demonstrasi
4.Praktikal
5.Lisan
6.Penilaian
;