Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam Pembangunan Multimedia Kreatif direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang pembangunan kandungan multimedia interaktif, kreatif, dan inovatif selaras dengan keperluan industri semasa. Program ini merangkumi dua tahap utama iaitu Tahap 3 (Sijil Kemahiran Malaysia) dan Tahap 4 (Diploma Kemahiran Malaysia) di bawah kod J582-001-3:2019 dan J582-001-4:2025.
Pelajar akan diberi pendedahan secara menyeluruh dalam aspek reka bentuk grafik digital, penghasilan animasi, suntingan audio dan video, pembangunan laman web interaktif, serta asas pengaturcaraan multimedia. Di peringkat lebih tinggi, penekanan diberikan kepada aspek pengurusan projek multimedia, reka bentuk antara muka pengguna (UI/UX), serta integrasi teknologi baharu dalam pembangunan kandungan digital.
Program ini disokong oleh pendekatan latihan berasaskan pekerjaan (Work-Based Learning), yang membolehkan pelajar memperoleh pengalaman praktikal secara langsung di industri kreatif, serta membina kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan, dan pengurusan masa.
Dengan gabungan kemahiran teknikal dan pengalaman praktikal, graduan program ini berpotensi untuk menyertai pelbagai sektor industri seperti penerbitan digital, pengiklanan, pembangunan permainan digital, e-pembelajaran, dan kandungan media sosial, atau menceburi bidang keusahawanan dalam industri kreatif.
Maklumat Latihan TVET
Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 45
Dan
Dan
2. Sihat Tubuh Badan (Wajib) ,
3. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)
Atau
Dan
Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis
Butiran Penyedia Latihan TVET
LEVEL 11-14, KOTARAYA OFFICE TOWER GALLERIA @ KOTARAYA,
JALAN ABDULLAH IBRAHIM,
80000 JOHOR BAHRU, JOHOR