Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Program Sijil Teknologi Perindustrian (Teknologi Elektrik – 3 Fasa) yang ditawarkan akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Pepasangan Elektrik Industri, Sistem Pencegah Kebakaran, Motor Elektrik Voltan Rendah, Kawalan Motor Elektrik, Sistem Perlindungan Voltan Rendah, Kabel Bawah Tanah Voltan Rendah, Pengubah, Lukisan Teknikal Elektrik, Sistem Penyaman Udara Domestik, Pengujian dan Pengukuran. Pelajar juga diwajibkan mengikuti Latihan Industri di syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia selama 6 bulan bagi melengkapkan syarat kursus ini. Program ini juga mematuhi standard Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanjaya Tenaga, Malaysia.