Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Asas Barista direka khusus untuk memberi pendedahan dan kemahiran asas kepada peserta dalam bidang penyediaan minuman berasaskan kopi. Kursus ini memberi tumpuan kepada pengetahuan teori dan amali mengenai jenis biji kopi, kaedah penyediaan espresso, teknik frothing susu, seni latte (latte art) serta penjagaan dan penyelenggaraan mesin kopi. Peserta juga akan didedahkan kepada etika kerja dan piawaian kebersihan yang perlu dipatuhi oleh seorang barista profesional.

Selain mempelajari kemahiran teknikal, kursus ini turut menekankan aspek komunikasi pelanggan, kreativiti dalam penyediaan minuman, serta kemahiran pengurusan masa di kaunter minuman. Pendekatan pembelajaran berasaskan amali dan situasi sebenar industri (hands-on) membantu peserta membina keyakinan diri untuk bekerja dalam suasana kafe, restoran, hotel, dan francais minuman moden.

Kursus ini amat sesuai diikuti oleh individu yang berminat dalam bidang hospitaliti, keusahawanan makanan dan minuman (F&B), serta individu yang berminat menceburi industri kafe atau membuka perniagaan sendiri berasaskan kopi.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Tempoh Pengajian
4 Hari
Prospek Kerjaya
1. Barista di Kafe atau Francais Kopi
2. Pembantu Penyedia Minuman (Beverage Assistant)
3. Penyelia Kafe (Café Supervisor)
4. Usahawan Minuman Kopi (Coffeepreneur)
5. Latte Artist / Coffee Specialist
6. Trainer atau Jurulatih Barista
7. Pekerjaan di dalam Industri Hospitaliti dan Pelancongan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI
Alamat
JALAN PANTAI CHENANG, MUKIM KEDAWANG
07000 LANGKAWI
KEDAH
Negeri
KEDAH
Penyelaras
Telefon
04-955 5909
Emel
-
Laman Web
-

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
1. Warganegara Malaysia
2. Kursus ini akan dilaksanakan pada hujung minggu (Jumaat - Sabtu) serta pada waktu bekerja (8.00 am - 5.00 pm).
3. Mempunyai minat serta komitmen yang tinggi.
;