Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Pembangunan Idea Perniagaan merupakan langkah awal yang penting dalam dunia keusahawanan. Ia merangkumi proses mengenal pasti peluang, menjana konsep perniagaan yang bernas, serta menilai potensi pasaran dan daya saing. Idea yang dibangunkan secara strategik mampu menjadi asas kepada perniagaan yang berjaya dan berdaya tahan dalam jangka masa panjang.
Oleh itu, bagi Micro-credentials Stand Alone Pembangunan Idea Perniagaan yang tidak memerlukan peserta mempunyai SPM, kursus ini wajar diterapkan kepada semua lapisan masyarakat. Ia bertujuan mengukuhkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam menjana serta membangunkan idea perniagaan yang inovatif dan relevan dengan keperluan pasaran semasa. Kursus ini juga berpotensi menjadi platform persediaan kepada peserta untuk menceburi bidang keusahawanan secara profesional, sekali gus meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam dunia kerjaya dan keusahawanan.