Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program Diploma Profesional ini dilaksanakan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Seberang Perai. Program ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ataupun pengetahuan dalam bidang kejuruteraan Mekanikal.

  Program ini ditaja sepenuhnya oleh ICU Pulau Pinang dan tiada yuran kursus atau bahan yang perlu dikenakan kepada peserta dari kalangan belia. Kesemua peserta merupakan belia yang tinggal di Negeri Pulau Pinang.

  Program akan berlangsung dengan 12 modul yang bersesuaian dengan belia serta kehendak industri sekarang. Pelajar-pelajar ini akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang bertauliah serta berpengalaman luas dalam bidang TVET.

  Penganjuran program ini adalah bertujuan bagi memberi kemahiran TVET kepada belia supaya mencetus minat mereka untuk melanjutkan pelajaran di politeknik suatu masa nanti. Selain itu juga, ianya diharapkan dapat meningkatkan kemahiran serta memberi nilai tambah kepada para pelajar yang terlibat dan akhir sekali secara tidak langsung ia dapat mewujudkan jalinan kolaborasi aktif antara politeknik dengan industri serta penduduk setempat.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Tahap Pengajian
Profesional
Tempoh Pengajian
8 Bulan
Prospek Kerjaya
Jurteknik dan usahawan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Alamat
JALAN PERMATANG PAUH,13500,PERMATANG PAUH,
Negeri
PULAU PINANG
Penyelaras
-
Telefon
04-5383322
Emel
ulpl@psp.edu.my
Laman Web
http://www.psp.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Dijalankan secara pengajian hujung minggu
;