Kursus TVET

Pengenalan Kursus

KNX System adalah salah satu standard yang digunapakai bagi automasi bangunan dalam pendawaian elektrik. Standard ini yang diiktiraf dalam industri akan sentiasa dikemaskini mengikuti peredaran masa dan perkembangan teknologi yang begitu pesat. Kursus yang dijalankan ini ditawarkan kepada pelajar semester 4 dan keatas supaya dapat menambahkan lagi kemahiran pelajar (selain daripada pembelajaran di kelas) dan menyediakan pelajar dengan lebih banyak kemahiran untuk menghadapi persaingan dalam bidang pekerjaan sama ada di industri atau dalam bidang keusahawanan.

Program ini yang berbentuk teori dan praktikal ini akan dilaksanakan di JKE, Politeknik Port Dickson. Pensyarah yang bertauliah dalam KNX System akan menjadi pengajar berkaitan KNX bermula dengan penggunaan aturcara arahan KNX kepada secara praktikal dengan menggunakan perisian KNX ETS 5 dan KNX ETS 6. Penggunaan ‘KNX Trainer Kit’ adalah kombinasi perkakasan seperti 4 gang Push Button, 4 Fold Switch Actuator, 2 Fold Dimmer Actuator, Line Coupler dan USB Interface. Ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada peralatan sebenar yang digunakan di industri disamping membuat penyelidikan kepada teknologi KNX yang terbaru. Di akhir kursus , peserta akan menduduki ujian persijilan KNX Basic bagi menilai dan mengiktiraf pencapaian hasil pembelajaran peserta terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan sistem KNX.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Tempoh Pengajian
5 Hari
Prospek Kerjaya
Juruteknik Automasi Bangunan, Jurutera Sistem KNX (dengan latihan lanjut), Integrator Sistem Pintar (Smart Home/Building Integrator), Konsultan Automasi Bangunan

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK PORT DICKSON
Alamat
KM. 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa
Negeri, Sembilan
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
-
Telefon
06-662 2000
Emel
webmaster@polipd.edu.my
Laman Web
https://polipd.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Peluang Antarabangsa
KNX diiktiraf secara global (lebih 100+ negara), jadi peluang bekerja di luar negara atau bersama syarikat antarabangsa amat luas.
Negara maju seperti Jerman, UAE, Singapura, dan Korea Selatan banyak menggunakan KNX dalam projek smart building.
;