Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kolej Komuniti Tangga Batu komited dalam memperkasakan masyarakat melalui program-program latihan jangka pendek yang praktikal, relevan dan memenuhi keperluan semasa. Seiring dengan inisiatif pembelajaran sepanjang hayat, satu kursus Micro-Credentials Stand Alone Teknik Pengukuhan Aktiviti Renang akan dilaksanakan secara hands-on di Pusat Akuatik Stadium Hang Jebat, Melaka. Kursus ini memberi peluang kepada peserta mempelajari asas renang gaya bebas secara sistematik, selamat dan profesional. Menggalakkan pembelajaran kemahiran air di kalangan masyarakat umum, terutamanya mereka yang tidak mempunyai akses kepada latihan formal dalam renang. Rasional kursus ini dijalankan adalah untuk menyokong gaya hidup sihat dan aktif dengan mempromosikan aktiviti fizikal berbentuk sukan air. Selain itu, dapat mengoptimumkan penggunaan fasiliti sukan awam seperti Pusat Akuatik Stadium Hang Jebat dalam usaha memperluaskan manfaat kepada komuniti. Malah, dapat menyediakan peluang kepada peserta untuk menjadikan renang sebagai asas kepada kerjaya dalam bidang rekreasi air, keselamatan, pendidikan jasmani atau sukan profesional. Justeru, selaras dengan dasar pengiktirafan pembelajaran fleksibel dan modular, khususnya melalui pendekatan Micro-Credentials yang memberi kredit kepada pembelajaran jangka pendek yang berstruktur.
Maklumat Latihan TVET
Kumpulan fokus: Guru, pendidik Pendidikan Jasmani dan Individu yang berminat untuk menceburi bidang kerjaya berkaitan sukan air, seperti jurulatih renang, penyelamat (lifeguard), dan pengajar rekreasi air pada masa akan datang.
b.Sasaran bilangan peserta: 20 orang peserta, BUBBLES WAVE SWIMMING ACADEMY, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MELAKA TENGAH DAN ANGKATAN PERTAHANAN AWAM NEGERI MELAKA
Syarat Kelayakan
Butiran Penyedia Latihan TVET
TAMAN SAYANG SELASIH,
KLEBANG MELAKA
Lain-lain Maklumat
b) Meningkatkan keyakinan peserta dalam melakukan aktiviti air secara terkawal.
c) Membentuk kesedaran terhadap keselamatan air dan langkah pencegahan risiko lemas.
d) Memberi asas kepada peserta untuk meneruskan pembelajaran renang ke tahap lebih tinggi
Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes) setelah tamat kursus pula, peserta akan dapat:
e) Mengenal pasti prinsip asas teknik renang gaya kuak dada.
f) Melakukan pergerakan asas seperti kicking, breathing dan arm stroke dengan teknik yang betul.
g) Menunjukkan keseimbangan badan dan koordina si semasa berenang gaya bebas.
h) Mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa berada di dalam dan sekitar kawasan kolam renang.