Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Kursus Pengendalian Dron ini direka untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran asas kepada peserta dalam mengendalikan pesawat tanpa pemandu (UAV) secara selamat, berkesan, dan mengikut peraturan yang ditetapkan. Peserta akan diperkenalkan kepada konsep asas penerbangan dron, komponen utama sistem dron, kawalan penerbangan, serta prosedur operasi standard (SOP) sebelum, semasa dan selepas penerbangan.

Selain itu, kursus ini turut menekankan aspek keselamatan penerbangan, penyelenggaraan asas dron, serta etika penggunaan dron dalam pelbagai bidang seperti pemetaan, fotografi udara, pertanian, keselamatan dan industri kreatif. Melalui gabungan teori dan latihan praktikal, peserta akan berupaya mengendalikan dron dengan lebih yakin dan bertanggungjawab.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Micro Credential
Tempoh Pengajian
2 Hari
Prospek Kerjaya
Jurupilot Dron Komersial, Juruteknik Dron, Operator Dron Pertanian (Agrodrone Operator)

Syarat Kelayakan

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
POLITEKNIK PORT DICKSON
Alamat
KM. 14, Jalan Pantai,
71050 Si Rusa
Negeri, Sembilan
Negeri
NEGERI SEMBILAN
Penyelaras
-
Telefon
06-662 2000
Emel
webmaster@polipd.edu.my
Laman Web
https://polipd.mypolycc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
Kursus ini dijalan di Politeknik Port Dickson
;