Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Kemahiran Jangka Pendek Asas Jahitan Kreatif ialah kursus yang memberi peluang kepada penghuni PUSPEN Dengkil untuk mempelajari teknik asas dalam bidang jahitan dengan elemen kreativiti dan rekaan .
Penghuni PUSPEN Dengkil akan didedahkan dengan kreativiti dalam penghasilan produk jahitan seperti beg/pouch, sarung bantal, alas meja,
patung lembut (soft toy), aksesori wanita dan produk yang berasaskan fabrik (kain).
Objektif kursus :-
1. Memberi pendedahan kepada asas jahitan tangan dan mesin
2. Meningkatkan kreativiti dalam menghasilkan produk jahitan
3. Memberi keyakinan kepada penghuni dalam menghasilkan produk.
4. Menyemai minat keusahawanan kepada penghuni melalui produk jahitan kreatif.