Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Pelukis Kanan Rekaan Dalaman merupakan individu yang berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam menghasilkan lukisan teknikal serta rekabentuk ruang dalaman bagi pelbagai jenis bangunan seperti kediaman, pejabat, premis perniagaan, dan ruang komersial. Mereka bertanggungjawab dalam menterjemah konsep rekaan kepada pelan visual yang lengkap dan bersesuaian dengan kehendak klien serta keperluan teknikal industri.
Sebagai pelukis kanan, mereka bukan sahaja mahir dalam penggunaan perisian komputer seperti AutoCAD, SketchUp, 3ds Max, dan Revit, malah turut berperanan membimbing pelukis pelan lain, menyelaras kerja antara pereka dan pelanggan, serta memastikan hasil rekaan menepati spesifikasi, bajet dan garis masa projek

Kepakaran mereka merangkumi:
Penyediaan lukisan kerja dan pelan perincian rekaan dalaman
Penyesuaian rekaan mengikut fungsi ruang dan ergonomik
Pemilihan bahan, warna, pencahayaan dan elemen estetik lain
Kerjasama dengan arkitek, kontraktor dan pembekal dalam pelaksanaan projek
Dengan pengalaman yang luas dalam industri, Pelukis Kanan Rekaan Dalaman memainkan peranan penting dalam memastikan kualiti, fungsi dan daya tarikan visual setiap ruang yang direka.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Sijil Kemahiran Malaysia / Sijil Tahap 2 / Sijil Setaraf
Syarat Kelayakan
1. Pra-syarat Kursus Pelukis Kanan Rekaan Dalaman (Tahap 3). Syarat-syarat berikut: Warganegara Malaysia, Umur minimum: 16 tahun ke atas, Pendidikan minimum: Tamat Tingkatan 3 atau setaraf Boleh membaca, menulis dan mengira (kemahiran 3M), Mempunyai minat dalam bidang lukisan teknikal, senibina dan pembinaan, Mampu menggunakan komputer asas (digalakkan), Sihat tubuh badan dan mampu menjalankan tugasan teori dan amali, Memiliki SKM Tahap 2 dalam bidang berkenaan
1.1

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis


Atau

1.2
1. Tiada Masalah Penglihatan Atau Rabun Warna (Wajib)

Atau

1.3
1. BERUMUR 16 TAHUN. MENGUASAI 3M


Atau

1.4

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 50


Atau

1.5
Warganegara Malaysia Sahaja
Tempoh Pengajian
12 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Pelukis Rekaan Dalaman – Membantu pereka menghasilkan lakaran, susun atur ruang, dan dokumentasi projek. Pelukis Pelan (Drafter) . Pembantu Pereka Hiasan Dalaman Jurujual Produk Hiasan Dalaman. Usahawan Kecil – Menjalankan perkhidmatan hiasan rumah, pejabat kecil, atau ruang komersial secara bebas.

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
PUSAT LATIHAN INDUSTRI PERKAYUAN TERENGGANU
Alamat
LOT 3400, KAMPUS TTITC TERIS
21700 KUALA BERANG, TERENGGANU
Negeri
TERENGGANU
Penyelaras
FAIZ BIN OSMAN
Telefon
0184604799
Emel
enquiry@ttitc.edu.my
Laman Web
https://ttitc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
PINJAMAN YAYASAN TERENGANU/ PEMBIAYAAN SENDIRI
;