Kursus TVET

DIPLOMA MAKEUP

APX–MUB–460

APEX TECHNICAL COLLEGE , SARAWAK

Pengenalan Kursus

Kursus Diploma dalam Solekan dan Kecantikan direka khusus untuk melahirkan profesional yang mahir dan kreatif dalam industri kecantikan yang berkembang pesat. Program ini merangkumi pelbagai aspek penting dalam dunia solekan dan penjagaan kecantikan, bermula dari asas teori hingga aplikasi praktikal.

Pelaksanaan kursus adalah secara sepenuh masa (full-time) dan mengikut struktur Pelaksanaan ST – Gabungan Beberapa Tahap, di mana pelajar akan mengikuti laluan lengkap dari asas hingga ke tahap profesional dalam bidang Kesenian Solekan Karakter Diploma (S960-006-4:2021)

Kandungan pembelajaran merangkumi:
i. Asas penjagaan wajah dan solekan harian
ii. Solekan majlis, perkahwinan dan editorial
iii. Solekan karakter dan kesan khas (SFX)
iv. Pengurusan pelanggan dan etika kerja
v. Pembangunan portfolio dan latihan industri

Program ini merupakan kursus penuh (Sijil Penuh) yang dilaksanakan secara ST – Gabungan Beberapa Tahap, merangkumi laluan lengkap dari asas hingga ke tahap profesional dalam bidang Kesenian Solekan Karakter.
Kandungan kursus ini turut mengintegrasikan modul AC-061-3:2013 (Seni Solekan Filem & TV Antarabangsa) yang diiktiraf oleh JPK, membolehkan pelajar memperoleh dua sijil pengiktirafan JPK selepas tamat pengajian:

1. DKM Tahap 4 Diploma: S960-006-4:2021 - Kesenian Solekan Karakter
2. Sijil Tambahan: AC-061-3:2013 – Seni Solekan Filem & TV Antarabangsa

Nota: Yuran kursus yang dipaparkan adalah untuk keseluruhan program , termasuk semua modul wajib dan latihan praktikal. Pelajar akan menerima sijil penuh yang diiktiraf oleh JPK selepas tamat pengajian.

Maklumat Latihan TVET

Kategori Kursus
Sijil Penuh
Pelaksanaan Kursus
ST - Gabungan Beberapa Tahap
Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Tempoh Pengajian
18 Bulan
Prospek Kerjaya
Graduan boleh menjadi jurusolek Kesan Khas(Special Effects), jurusolek bebas, pakar pengantin, jurusolek pentas/TV, penasihat kecantikan atau pemilik salon.

Syarat Kelayakan

01
Kriteria Utama
Warganegara Malaysia
Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.
DAN
02
Kriteria Utama
Umur
Pemohon mestilah berumur 16-50 tahun
Tiada butiran kelayakan ditetapkan untuk kriteria ini.
DAN
03
Kriteria Utama
TAMAT TINGKATAN 5
Calon mestilah ADA sekurang-kurangnya satu (1) LULUS dalam mana-mana mata pelajaran SPM
Syarat Pilihan 1
Calon mesti berumur sekurang-kurangnya 16 tahun.

Umur Minimum : 16
Umur Maksimum : 55

ATAU
Syarat Pilihan 2

Tiada Pendidikan Formal Atau Mempunyai Minat, Boleh Membaca Dan Menulis

ATAU
Syarat Pilihan 3
Warganegara Malaysia Sahaja

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
APEX TECHNICAL COLLEGE
Alamat
LOT 2106, 1st FLOOR,
YAKIN COMMERCIAL CENTER
Miri
Negeri
SARAWAK
Penyelaras
AGNES TAI SIEW MEI
Telefon
085644012
Emel
mfchua@apex.edu.my
Laman Web
www.apex.edu.my

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
- Pelaksanaan kursus adalah secara ST – Gabungan Beberapa Tahap
- Modul AC-061-3:2013 dimasukkan sebagai sebahagian daripada kandungan DKM, membolehkan pelajar menduduki penilaian kompetensi untuk dua kod program JPK.
- Pelajar akan menerima Sijil Penuh DKM serta Sijil Tambahan AC-061-3:2013, tertakluk kepada pencapaian dan kelulusan penilaian akhir.
- Pelajar boleh memohon pinjaman pendidikan Education Financing-i,.

Padanan Pekerjaan MyFutureJobs

Semak tawaran pekerjaan yang sepadan dengan kursus ini melalui MyFutureJobs.

;