Kursus TVET
Pengenalan Kursus
Kursus Kemahiran Asas Digital bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada peserta tentang penggunaan peranti digital dan aplikasi asas dalam kehidupan seharian. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari asas penggunaan komputer, sistem operasi, perisian pejabat seperti pemproses kata, penggunaan internet, e-mel, serta amalan keselamatan digital. Kursus ini sesuai untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan teknologi, termasuk pelajar, golongan dewasa, dan warga emas, agar mereka lebih yakin, cekap dan bertanggungjawab dalam menggunakan teknologi digital secara produktif.
Maklumat Latihan TVET
Tahap Pengajian
Tiada Tahap
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
0 Bulan
Prospek Kerjaya
Prospek Kerjaya: Pembantu Tadbir / Kerani – Mengendalikan dokumen, e-mel, dan sistem pejabat berkomputer. Khidmat Pelanggan / Call Center – Menggunakan sistem digital untuk berkomunikasi dan merekod maklumat pelanggan. Pekerja Sokongan ICT Asas – Memberi bantuan teknikal asas di pejabat atau organisasi. Pembantu Pemasaran Digital – Membantu dalam mengurus media sosial, e-mel pemasaran dan kandungan digital. Pegawai Perkhidmatan Dalam Talian – Mengurus sistem aplikasi digital seperti pendaftaran atas talian atau e-dagang. Usahawan Digital (Mikro) – Menggunakan platform digital untuk menjalankan perniagaan kecil atau servis dalam talian. Langkah awal ke bidang ICT – Asas penting sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi seperti reka bentuk grafik, pembangunan web, atau analisis data.
Butiran Penyedia Latihan TVET
Nama Institusi
NPR SKILL ACADEMY
Alamat
NO. 8, 8A, 8B, 8C JALAN SG 3/2, PUSAT BANDAR, TAMAN SRI GOMBAK, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.
Negeri
SELANGOR
Penyelaras
RAMAWATHY A/P NOKARAIU
Telefon
03-6186 6790
Emel
admin@npracademy.edu.my
Laman Web
-
Lain-lain Maklumat
Lain-lain Maklumat Berkaitan
Akan mohon Pinjaman PTPK