Kursus TVET

Pengenalan Kursus

Program pengajian Pentadbiran Teknikal Senibina direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang seni bina. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di bilik kuliah, studio dan industri berkaitan dengan skop kerja reka bentuk seni bina dan teknologi binaan berdasarkan kehendak pelanggan ataupun keperluan industri. Program pengajian ini membentuk pelajar dalam memahami konsep, prinsip reka bentuk dan lukisan pelan serta menerapkan daya kreativiti dalam mengintegrasikan hubung kait dengan keadaan persekitaran, konteks budaya, penggunaan bahan dan teknologi binaan, undang-undang dan amalan profesional dalam bidang seni bina. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan. Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang seni bina.

Maklumat Latihan TVET

Tahap Pengajian
Diploma Kemahiran Malaysia / Diploma Tahap 4 / Diploma Setaraf
Syarat Kelayakan
Tempoh Pengajian
6 Bulan
Prospek Kerjaya
Pembantu Teknik Seni Bina, Penyelia Tapak, Inspektor Kerja Tapak, Penyelaras BIM, 3D Maker dan Illustrator, Perunding Seni Bina, Usahawan Industri Kreatif

Butiran Penyedia Latihan TVET

Nama Institusi
MTTC COLLEGE (JB)
Alamat
Unit 7.16 - Unit 7.28, Designer Office,
Sunway Citrine Hub,
Iskandar Puteri
Negeri
JOHOR
Penyelaras
Nurul Amira Atiqah Binti Hamdan
Telefon
07-5090694
Emel
enquiry@mttc.edu.my
Laman Web
https://mttc.edu.my/

Lain-lain Maklumat

Lain-lain Maklumat Berkaitan
;